Pengurusan
penasihatan murid sering dikaitkan dengan kaedah bimbingan dan kaunseling yang
mana pendekatan sedemikian adalah lebih mudah difahami oleh masyarakat sekolah.
Definisi nasihat secara umumnya adalah satu panduan dan pandangan mengenai
sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku atau kata nama lainnya adalah
bimbingan. Nasihat atau bimbingan yang menggunakan kaedah lisan atau fizikal
untuk membantu seseorang menentukan matlamat, merancang tindakan dan
memperbaiki sikap serta tingkah laku dalam aspek-aspek tertentu. Pengurusan
pensihatan murid secara keseluruhan berfokus kepada pengurusan penasihatan
murid yang merangkumi 3 komponen iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring.
- Bimbingan
- bimbingan merupakan sebahagian daripada program membantu individu untuk menyelesaikan masalah.
- sebagai contoh, seseorang itu memberi penerangan dan bantuan untuk mengubah sikap pelajar.
- hal ini merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat merancang tindakan dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek tertentu.
- Penasihatan
- Penasihatan bermaksud mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan.
- Guru yang cemerlang juga berperanan sebagai penasihat kepada pelajarnya.
- Mentoring
- mentoring merupakan mekanisme positif dan efektif untuk memaksimakan potensi individu.
- konsep mentoring ini adalah berasaskan bimbingan dan panduan kepada mentee khususnya dalam pertumbuhan kendiri.
- membuat penyediaan kepada diri individu agar bertanggungjawab, yakin dan mampu berdaya saing dalam pelbagai ruang lingkup.
Konsep Pengurusan Murid
Prinsip-Prinsip Penasihatan Murid
- https://www.slideshare.net/noniemislan/pengurusan-penasihatan-murid
- https://prezi.com/wfctr3oyurye/pengurusan-penasihatan-murid/
- http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/tiwi2004.pdf
- http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/jurnalpapers/Jurnal2004/tiwi2004.pdf
No comments:
Post a Comment