Sunday 2 December 2018

TEORI BERKAITAN PENASIHATAN.

Teori Berkaitan Penasihatan Murid.

Pengurusan penasihatan murid merangkumi perkhidmatan yang dibantu oleh guru kaunseling atau guru kaunseling berganding bersama-sama guru disiplin ke arah pencapaian sahsiah murid yang cemerlang dari segi akhlak dan tingkah laku. Secara umumnya, nasihat merupakan satu panduan atau bimbingan yang diberikan oleh seseorang kepada orang lain.  Hadith ke-7 dalam kitab hadith 40 yang telah disusun oleh Imam Nawawi menggambarkan betapa pentingnya perihal nasihat-menasihati. Dalam istilah arab, nasihat bermaksud yang dinasihati akan mendapat  faedah daripada nasihat tersebut.

   Teori Behaviorisme.

  • Behaviorisme atau tingkah laku ialah perlakuan individu berdasarkan pengalaman yang dilaluinya. Proses pembelajaran bermula sejak dilahirkan hingga ke akhir hayat. Pembelajaran dan pertumbuhan adalah saling berkait dan sukar dibezakan. Hal ini kerana, kedua-dua ini berkembang bersama-sama dalam membentuk perlakuan dan personaliti seseorang.
  • Pengurusan penasihatan murid berfokuskan kepada cara sesuatu organisasi menguruskan hal pelajar dari segi perlakuan adaptif atau maladaptif. Teori tingkah laku lebih berfokus kepada bagaimana seseorang bertingkah laku berdasarkan persekitaran dan pengalaman yang menentukan seseorang berkelakuan baik atau sebaliknya. Terdapat 2 jenis pelaziman iaitu pelaziman operan dan pelaziman klasik.
  • Dalam pengurusan penasihatan murid lebih berfokuskan pelaziman operan yang berkaitan peneguhan dan hukuman. Peneguhan dan hukuman terbahagi kepada dua iaitu postif dan negatif. Peneguhan positif ialah memberi ganjaran, pujian, dan perkataan lisan yang bersifat positif yang akan memberi pengaruh besar terhadap kendiri seseorang. Peneguhan negatif pula bermaksud penghapusan terhadap sesuatu tingkah laku. Peneguhan negatif ini bermaksud, perlakuan maladaptif.
  • Hukuman negatif pula tingkah laku yang digunakan untuk untuk menarik semula rangsangan yang tidak baik. Sebagai contoh, pelajar yang kerap tidak hadir ke kelas akan dikenakan demerit. Hal ini bermaksud, setiap pelajar mempunyai 100 demerit. Sekiranya pelajar tidak hadir ke sekolah sehari, 5 demerit akan dikenakan. Sekiranya kurang daripada 80 mata demerit, maka pelajar tersebut perlu melakukan kerja-kerja kebajikan. Hukuman positif pula, ialah hukuman yang menekankan perlakuan secara lisan yang akan memberi impak yang positif terhadap sesuatu momentum.
  • Dalam aspek penasihatan dalam kaunseling, pelajar yang sering melakukan masalah disiplin akan dirujuk pada pihak kaunseling. Maka itu, pelajar ini akan dilihat latar belakang, penyebab mereka berkelakuan sebegitu dan diselidiki. Daripada situ, guru kaunseling akan menyelidiki permasalahan pelajar dan menggunakan strategi menangani tingkah laku tidak efektif berdasarlan disensititasi bersistem, modifikasi tingkah laku, flooding, latihan relaksasi dan latihan aversif.
Teori Rasional Emotif dan Tingkah laku. (REBT)


  • Teori rasional emotif dan tingkah laku mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan tingkah laku. Hal ini bermaksud memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan pembuatan keputusan. Teori ini juga bersifat pendidikan. Pendekatan yang digunakan bersifat deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional. Deduktif di sini bermaksud pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu rumus, prinsip, hukum, teori atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh yang khusus. Kaedah mengajar sedemikian adalah kompleks kerana ianya memerlukan murid memahami secara mendalam dan mempunyai pengetahuan yang cukup.
  • Dalam aspek penasihatan, kebanyakkan guru disekolah menilai seseorang daripada luaran dan tidak menilai seseorang secara dalaman serta sebab seseorang bertingkah laku maladaptif atau adaptif. Maladaptif ialah tingkah laku yang ditegah atau tidak sesuai di dalam sesuatu masyarakat manakala adaptif pula bermaksud tingkah laku yang boleh diterima oleh masyarakat. Dalam pada itu, pelajar juga mempunyai satu pemikiran yang tidak rasional di mana pelajar ini merasakan dirinya tidak dihargai dan tidak disukai oleh guru. Jadi, dengan melakukan kesalahan disekolah pelajar ini akan mendapat perhatian. Kesimpulannya, teori rasional emotif dan tingkah laku adalah penting dalam penstrukturan penasihatan dalam membina sahsiah pelajar yang membina.                                                                                            
Teori Pemilihan dan Realiti Terapi (CTRT)


  • Manusia dilahirkan dalam pelbagai jenis karakter berdasarkan hasil didikan yang diberikan oleh ibu bapa. Penerapan tingkah laku juga berlaku dalam diri dan kita yang menghasilkan tingkah laku tersebut. Keperluan psikologi manusia ialah keperluan untuk rasa dipunyai, kuasa, kebebasan, keseronokan dan keperluan untuk meneruskan hidup. Makna kehidupan bersifat untuk mengawal dan merancang tindakan terhadap diri seseorang pada  masa akan datang. 
  • Menurut Glasser (1998,2000), Wubbolding(1988,1999) , Wubbolding dan Brickell (1999) berdasarkan WDEP iaitu ‘apa yang kita mahu’, ‘apa yang kita mahu buat’, penilaian dan pelan tindakan serta susulan daripada tindakan tersebut.  
  • Penilaian dan pelan tindakan penting bagi pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 dalam penentuan terhadap strategi pada masa akan datang. Antaranya ialah pelajar yang baru sahaja habis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) perlu diberi peluang untuk memilih kecenderungan mereka. Hal ini boleh dilihat berdasarkan keputusan PT3 untuk menentukan sama ada pelajar ini mahu mengambil aliran  sains atau aliran kemanusiaan.
  • Berdasarkan teori ini, terapi realiti dapat ditentukan berdasarkan kepuasan dalam  penglibatan, tingkah laku semasa, penilaian tingkah laku, pelan tanggungjawab tingkah laku, komitmen, tidak menerima alasan, tiada dendaan dan tidak berputus asa. Pelajar kebiasaannya akan menunjukkan kepuasan berdasarkan tindakan, pemikiran, perasaan, fisiologi dan kesemuaanya ini akan menentukan tingkah laku yang dominan. Setiap pelajar berhak  memilih untuk menentukan tindakan dan pemikiran yang positif ataupun negatif berdasarkan kehendak diri mereka. 
Andaian Asas Mengenai Teori. 

Pengurusan Penasihatan Murid.

Pengenalan

Pengurusan penasihatan murid sering dikaitkan dengan kaedah bimbingan dan kaunseling yang mana pendekatan sedemikian adalah lebih mudah difahami oleh masyarakat sekolah. Definisi nasihat secara umumnya adalah satu panduan dan pandangan mengenai sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku atau kata nama lainnya adalah bimbingan. Nasihat atau bimbingan yang menggunakan kaedah lisan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat, merancang tindakan dan memperbaiki sikap serta tingkah laku dalam aspek-aspek tertentu. Pengurusan pensihatan murid secara keseluruhan berfokus kepada pengurusan penasihatan murid yang merangkumi 3 komponen iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. 
  • Bimbingan
    • bimbingan merupakan sebahagian daripada program membantu individu untuk menyelesaikan masalah.
    • sebagai contoh, seseorang itu memberi penerangan dan bantuan untuk mengubah sikap pelajar. 
    • hal ini merupakan pendekatan yang menggunakan kaedah lisan atau fizikal untuk membantu seseorang menentukan matlamat merancang tindakan dan memperbaiki sikap dan tingkah laku dalam aspek tertentu. 
  • Penasihatan
    • Penasihatan bermaksud mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan. 
    • Guru yang cemerlang juga berperanan sebagai penasihat kepada pelajarnya. 
  • Mentoring
    • mentoring merupakan mekanisme positif dan efektif untuk memaksimakan potensi individu. 
    • konsep mentoring ini adalah berasaskan bimbingan dan panduan kepada mentee khususnya dalam pertumbuhan kendiri. 
    • membuat penyediaan kepada diri individu agar bertanggungjawab, yakin dan mampu berdaya saing dalam pelbagai ruang lingkup. 
Konsep Pengurusan Murid


Prinsip-Prinsip Penasihatan Murid


Antara topik mengenai penasihatan.



Wednesday 14 November 2018

KONSEP KESEDIAAN PELAJAR

KONSEP KESEDIAAN PELAJAR

Kesediaan dalam diri sendiri yang ada pada seseorang yang bersedia dan berkebolehan untuk memperolehi sesuatu pengalaman pembelajaran yang baru.

JENIS KESEDIAAN BELAJAR

  • Kesediaan kognitif
    • berkait rapat dengan mental untuk memahami dan berfikir
    • peringkat umur
  • Kesediaan afektif
    • sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilainya untuk penyampaian dalam pembelajaran.
    • pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran untuk melakukan aktiviti secara aktif dan agresif.
  • Kesediaan psikomotor
    • penguasaan kemahiran berpusat kepada tindakan fizikal.
    • melibatkan perkembangan fizikal iaitu fungsi anggota dan pengawalan penyelarasan penggerak didalam seluruh tubuh badan.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR
  • Pengalaman
    • P&P
    • isi pelajaran
  • Kematangan
    • mental
    • fizikal
    • emosi 
    • sosial
MASALAH PERBEZAAN KESEDIAAN PELAJAR
  • Perbezaan perkembangan mental
    • kanak-kanak mempunyai corak perkembangan kecerdasan yang berbeza.
    • wujud secara semulajadi
    • perbezaan personaliti murid menyebabkan guru menghadapi masalah dan memerlukan masa untuk adaptasi. 
  • Perbezaan sikap dan minat
    • pelajar yang berminat akan mencapai prestasi yang cemerlang.
    • aliran yang bersesuaian dengan pelajar berdasarkan minat
    • alat bantuan mengajar yang berbeza kepada pembelajaran
  • Perbezaan kadar pertumbuhan fizikal
    • corak pertumbuhan unik
    • peringkat umur yang sama mempunyai perbezaan kebolehan.
    • kurang memberi kepuasan kepada pelajar dari segi pembelajaran.
  • Perbezaan keyakinan diri
    • pelbagai status sosioekonomi membina
    • keyakinan diri yang berbeza
    • murid-murid yang datang daripada latar belakang yang berbeza.
    • keluarga yang miskin dan kurang menceburkan diri dalam pembelajaran aktif.
  • Perbezaan dalam diri individu
    • kebolehan yang berbeza dalam bidang tertentu.
    • seseorang murid yang cerdik tidak semestinya pandai dalam serba serbi. 
    • guru tidak boleh melabel atau mengasingkan pelajar yang pandai dan kurang pandai.
    • perancangan pelajaran perlu mengambil kira masalah perbezaan yang wujud dalam diri individu. 
  • Perbezaan dari segi jantina
    • lelaki dan perempuan mempunyai perkembangan biologi dan fizikal yang berbeza. 
    • pertumbuhan peringkat remaja, perempuan berkembang lebih pesat  dan mencapai kedewasaan berbanding lelaki. 
    • pengaruh nilai budaya dalam perkembangan individu. 
    • perancangan pembelajaran berdasarkan jantina. 

Wednesday 10 October 2018

PENGURUSAN MURID

PENGURUSAN MURID


MENGURUS REKOD PELAJAR 
 
Pemantapan sistem pengurusan murid di sekolah :

  • Kad 001 pelajar 
  • Profil murid perlu kemas 
  • Perkembangan akdemik, emosi, sahsiah dan tingkah laku pelajar 
  • Mempunyai maklumat yang lengkap mengenai murid yang bermasalah 
  • Menyelesaikan masalah murid 
Pengurusan hasil Kerja/Tugasan Murid 
  • Sistem Penggredan Sekolah
  • Komponen sistem gred 
  • Peratusan setiap komponen yang dipilih
  • Buku rekod/folder dalam komputer untuk merekod gred
 Maklumbalas dan prosedur pemantauan 
  • Maklumbalas dengan kadar segera
  • Pemantauan berterusab
  • Prosedur menyemak hasil kerja/ tugasan murid
  • Hasil kerja/tugasan murid yang perlu disimpan
  • Bila dan bagaimana pemantauan akan dibuat di dalam kelas
  • Bila dan bagaimana pemantauan projek atau tugasan yang memerlukan masa untuk disempurnakan 
 Pemantauan kerja murid ”in progress” dan ”long-range”
  •  IN PROGRESS
    • perhatian sewajarnya semasa murid membuat tugasan.
    • pemantaun ke seluruh kelas, semua kumpulan dan semua murid.
    • elakkan hanya menumpu kepada murid yang bertanya sahaja.
  • LONG-RANGE
    • penggunaan buku gred/folder dalam komputer untuk pemantauan
    • sistem amaran secara verbal dan non verbal.
 Komunikasi tugasan dan keperluan tugasan
               a) arahan untuk tugasan

      • keterangan secara lisan dan bukan lisan
      • kriteria penggredan dan keperluan tugasan mestilah jelas
               b)kriteria hasil tugasan

      • standard penulisan
      • kekemasan
      • tarikh penyerahan
               c)prosedur ketidakhadiran murid
      • senaraikan tugasan di papan kenyataan kelas
      • tempoh untuk 'making up work'
      • tempat untuk 'makeup work'
      • kesesuaian masa untuk perjumpaan dan perbincangan untuk menolong murid yang tidak hadir.
      • keperluan tugasan bagi pelajar yang tidak hadir.
Boleh dirujuk disini pengurusan murid.

https://missugliest.blogspot.com/p/interaksi-pembelajaran.html

http://onenurhidayah.blogspot.com/